• Penyelesaian kes kawan banyak songeh

    0

    Dua sahabatLangkah 1  Beri batasan perilaku yang menimbulkan persoalan.
    Waktu belajar terganggu oleh kunjungan Eli yang tidak kira masa untuk menumpahkan “isi hatinya”.

    Langkah 2  Kenal pasti kejadian yang mencetuskan kunjungan Eli.
    Jelas, Eli sering berkunjung ke rumah Sheila kerana ia mempunyai masalah. Tetapi yang lebih memungkinkan ialah singgah adalah ia singgah ketika dalam perjalanannya menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah. Eli tidak pernah singgah rumah Sheila dengan anak-anaknya atau pada waktu cuti sekolah.

    Langkah 3  Kenal pasti efek yang berpunca dari kunjungan Eli.
    Kesan buat Eli sangat sederhana iaitu Sheila akan mendengar keluhannya dan malah Sheila akan membuatkannya kopi.

    Langkah 4  Beri had perilaku yang diinginkan.
    Sheila ingin mencegah kunjungan Eli kerana merosakkan jadual belajarnya di Universiti Terbuka.

    Langkah 5  Idea untuk mengubah punca.
    Sheila dapat menyisihkan setengah jam, pada pukul sembilan dan pukul tiga setiap hari dalam seminggu selama hari persekolahan untuk Eli. Kalau Eli tak datang, itu dapat dianggap sebagai bonus. Tetapi idea yang lebih baik ialah mengatur kunjungan Eli sebelumnya. Misalnya pada setiap hari isnin, rabu dan jumaat pukul tiga. Ini kerana waktu petang Eli pasti akan menjemput anaknya balik sekolah. Tambahan pula Eli tidak tahu waktu-waktu Sheila harus ke kampus untuk belajar, jadi mudah untuk Sheila berpura-pura seperti tiada di rumah dengan menutup langsir rumahnya atau sebagainya seperti tanda dia tiada di rumah.

    Langkah 6  Idea untuk mengubah kesan.
    Ketika Eli telah diberi jadual berkunjung, Sheila haruslah bersedia menjadi pendengar setia lebih daripada biasa. Jika Eli datang pada hari yang tidak dijadualkan, Sheila harus menerimanya dengan dingin dan ungkapkan kata-kata “ oh, ingatkan hari ni tak datang, sebenarnya saya tunggu awak datang esok pukul tiga “. Di sini Sheila jangan sesekali duduk sebaliknya cuba buat-buat sibuk di dapur.

    Langkah 7  Periksa kelayakan perubahan.
    Sheila membicarakan masalah itu dengan Eli dan mereka merancangkan perubahan itu bersama. Tiga petang digunakan untuk berkunjung dan petang-petang yang lain, tarik langsir sebagai tanda tidak menerima tamu.

    Langkah 8  Tindakan.
    Tidak ada halangan. Kunjungan Eli yang membuat tidak enak dengan segera akan dapat diatasi. Kesempatan yang mereka dapat lebih mendatangkan hasil daripada sebelumnya kerana Sheila tidak lagi merasa marah akan waktu berharganya yang disia-siakan.

  • Kes kawan banyak songeh

    0

    kawan banyak songehSheila baru saja melalui masa yang amat sulit. Sheila wanita separuh umur dan harus berhenti kerja sebagai jururawat kerana suaminya menderita sakit jantung. Namun, kini suaminya sedang berada pada tahap pemulihan dan telah mula kembali bekerja. Untuk mengisi waktu terluang di samping ingin menyibukkan diri kerana tidak mahu terlalu memikirkan masalah, Sheila mendaftar diri untuk mengikuti kuliah di Universiti Terbuka. Setelah kuliahnya berjalan enam bulan, Sheila merasa seronok dan begitu merangsang kehidupannya. Sayangnya, Sheila selalu diganggu oleh seorang kawannya Eli yang tinggal di hujung jalan rumahnya.

    Eli seorang wanita yang mempunyai rekod penyakit tekanan. Cerita bermula bagaimana Eli rapat dengan Sheila apabila setiap hari Eli akan melalui hadapan rumah Sheila untuk menghantar anaknya ke sekolah. Hari demi hari begitu, hinggalah Eli singgah ke rumah Sheila dengan alasan menjenguk suaminya yang sakit kalau-kalau dia dapat membantu. Seminggu empat atau lima kali Eli singgah mengajak Sheila berbual dan cuba-cuba mengajar petua-petua untuk mengurangkan sakit suaminya. Di sini, Eli mendapat peluang untuk bercerita, bergossip terutama tentang keluarganya. Lama-kelamaan Sheila menjadi tempat Eli mencurahkan isi hatinya. Ia menaruh syak wasangka bahawa suaminya ada perempuan lain, anaknya ada tanda-tanda cacat dan beranggapan dia mungkin terkena barah buah dada dan banyak lagi. Segala apa yang negatif akan terlintas dalam fikirannya dan Sheila terpaksa menjadi pendengar setia.

    Dalam hal ini, sudah tentu Sheila akan bersimpati dengan cerita Eli namun dalam hatinya dia selalu berdoa agar Eli cepat-cepat balik supaya dia dapat belajar. Sheila merasa masalahnya sahaja sudah cukup membebankan otaknya, ini ditambah lagi dengan masalah Eli. Sheila merasa sangat pening. Tetapi apa yang sangat menjadi masalahnya ialah kunjungan Eli menyebabkan masa belajarnya terganggu kerana Eli akan datang ke rumahnya bila-bila masa sahaja yang dia suka. Namun malangnya Eli tidak pernah perasan dan acuh dengan kemarahan Sheila dan hanya menganggap Sheila boleh menerima kunjungannya bila-bila masa. Buktinya Eli akan menjerit dari luar mengatakan dia datang pada Sheila bila-bila masa saja, terus masuk, terus ke dapur dan makan apa saja yang ada seperti rumahnya sendiri. Sheila bingung macamana nak melarang Eli…….

    [Ikuti penyelesaian masalah kes kawan banyak songeh pada entri selanjutnya]

  • Dirgahayu Malaysiaku ke 53

    0

    Asalamualaikum, salam 1 Malaysia !

    Salam 1 MalaysiaMerdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Laungan keramat pagi ini bergema lagi. Fajar menyinsing memancarkan suria kegemilangan  yang kita kecapi selama 53 tahun. Terima kasih, salam takzim untuk bapa-bapa dan ibu-ibu pertiwi yang kerana keringat, jasa, pengorbanan kita berdiri kukuh di sini, rumah kita Malaysia !.

    53 tahun, sepanjang perjalanan mencatat beribu sejarah, peristiwa yang harus kita kenang, kita renungkan sebagai azimat, panduan dan iltizam kita agar kemerdekaan ini terpelihara sampai bila-bila. Kemajuan negara yang kita kecapi hari ini tidak mungkin menjadi kenyataan andai kata kita tidak tahu bagaimana untuk mengisi erti merdeka ini. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, kita bangga, terharu betapa hari ini kita lihat bangsa kita bersama-sama membangunkan Malaysia tanpa mengira asal keturunan. Inilah hasil didikan pemimpin-pemimpin terdahulu yang tidak boleh kita abaikan. Terima kasih untuk pemimpin-pemimpin kita terdahulu, sesungguhnya jasa pengorbanan anda sungguh besar nilainya.

    Hari ini dan seterusnya, marilah kita bersama-sama teruskan derap langkah kita untuk mengecapi kejayaan di bumi kita ini Malaysia. Jangan kita terlalai membiarkan sesuatu yang boleh mengganggu-gugat apa yang kita kecapi hari ini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh ! jangan sesekali kita berpecah, walau badai melanda, pantai tetap tidak berubah.

    1 Malaysia, jangan hanya dibibir, biar ia mengalir seiringan helaan nafas kita setiap saat, menjadi karsa yang mengisi belikat kita, menjadi semangat hidup kita sampai bila-bila.

    Terima kasih
    Boss Ecobudaya Resources

  • Penyelesaian kes gadis yang degil

    0

    [Sila baca entri kes gadis yang degil terlebih dahulu]

    Gadis Ayu Yang Baik HatiLangkah 1  Beri batasan perilaku yang menimbulkan persoalan.
    Orang tua Sara terutama ayahnya terganggu dengan perangai Sara yang degil dan suka melawan yng sengaja dibuat-buat. Masalahnya Sara selalu melakukan perkara yang dilarang oleh ayah dan ibunya.

    Langkah 2  Kenal pasti peristiwa yang mencetuskan Sara melawan.
    Kes tersebut menyatakan bahawa Sara akan melawan setiap kali dilarang melakukan sesuatu terutama dengan ayahnya. Dari sini, kita mungkin dapat membayang bagaimana orang tua Sara berkomunikasi dengannya. Mak dan bapanya selalu memakai kata-kata seperti “ melarang “, “ memerintahkan “, “ menetapkan “. Terutama ayah Sara melakukan semua itu dengan niat menghukum Sara. Dalam hal ini terlihat bahawa ayahnya yang tidak dapat mengawal emosi dan senang menjatuhkan hukuman.

    Langkah 3  Kenal pasti kesan yang wujud akibat perbuatan melawan Sara.
    Tidak diragukan lagi bahawa Sara sengaja mencari kemarahan mak dan ayahnya hanya untuk mencari perhatian mereka, terutama perhatian dari ayahnya. Pada kesan yang pertama, kita Nampak hal ini sebagai suatu masalah besar tetapi besar kemungkinan jikalau Sara patuh dan menurut kehendak ayahnya, dia mungkin tidak akan diberi perhatian. Sara punya anggapan bahawa jikalau dia melawan, ayahnya akan memberinya lebih perhatian. Akibatnya Sara akan lebih banyak melawan daripada menurut.

    Langkah 4  Beri batasan perilaku yang diinginkan.
    Orang tua Sara menginginkan Sara melakukan apa yang diminta untuk dilakukan.

    Langkah 5  Idea untuk mengubah punca masalah.
    Kedegilan Sara Nampak menurun apabila sesuatu hal itu disuruh oleh ibunya. Oleh itu, minta agar ibunya yang selalu bercakap dengan Sara dan bukan ayahnya. Dan yang lebih baik lagi mungkin mengubah cara menyuruh Sara melakukan sesuatu dan hanya menggunakan apabila menyuruh Sara untuk hal-hal yang besar sahaja bukan untuk hal-hal yang remeh temeh. Sikap memerintah, melarang, menetapkan dan mengeluarkan arahan harus dihentikan kerana semua itu hanya akan menyebabkan Sara semakin melawan. Sebaliknya, orang tua Sara harus meminta, mengusulkan, melakukan tawar-menawar dan mendamaikan. Mereka juga harus menyimpan permintaan mereka dengan cermat hanya untuk hal-hal yang penting. Mereka dapat menjelaskan hal ini dengan membuat suatu jadual tentang segala sesuatu yang harus dilakukan Sara, menyusunnya mengikut mana yang penting dan hanya akan “ meminta “ bila muncul di atas 25 persen.

    Langkah 6  Idea untuk mengubah kesan.
    Jika dengan cara melawan sara dapat menarik perhatian ayahnya, maka usaha untuk mengubah kesan yang ada jelas. Di sini orang tua Sara terutama ayahnya, harus dengan cermat menaruh perhatian lebih ketika Sara menurut dan tidak melawannya dibandingkan ketika Sara melawannya dan tidak mahu melakukan apa yang diminta. Mereka boleh memujinya, menambah wang belanja, mengajaknya keluar makan, memonton dan sebagainya. Perhatian itu harus dirancang dengan baik agar dapat diterima oleh Sara dengan tangan terbuka.

    Sebaliknya jika Sara bertindak melawan dan melakukan sebaliknya daripada apa yang disuruh, maka orang tuanya harus bertindak tidak mempedulikannya. Tidak ada hukuman, tidak marah, tidak bertanya apa-apa dan langsung jangan ada apa-apa respon. Dengan cara ini Sara mendapat perhatian yang dia inginkan hanya apabila dia bersikap baik dan menurut kata orang tuanya berbanding apabila dia melawan.

    Langkah 7  Periksa kelayakan perubahan.
    Orang tua Sara memutuskan untuk mengubah cara mereka meminta Sara melakukan sesuatu dan akan menyimpannya untuk hal-hal yang lebih penting. Mereka menolak idea bahawa yang melakukan permintaan dihadkan hanya pada salah seorang mak atau ayahnya. Kesan yang diubah dilaksanakan dengan baik.

    Langkah 8  Tindakan.
    Orang tua Sara memilih untuk mengatakan apa adanya pada Sara tentang rancangan mereka. Sara dapat melihat bahawa rancangan tersebut memberikan keuntungan yang jelas dibandingkan keadaan yang lama. Rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Dalam beberapa minggu sikap melawan Sara akhirnya dapat diatasi dan orang tuanya tidaklah lagi terganggu tentang persoalan yang sebenarnya tidak sepatutnya ada

  • Kes gadis yang degil

    0

    Gadis LiarSara berumur empat belas tahun. Sara selalu melawan cakap ibu bapanya dan berani menentang kehendak orang tuanya. Apabila mak atau ayahnya melarang dia melakukan sesuatu, dia pasti akan marah dan melakukan apa yang ingin dia lakukan, degil dan selalu memberi masalah kepada orang tuanya. Contoh, bila ibunya berleter menyuruh Sara membersihkan biliknya atau bapanya bising dengan pakaiannya yang mencolok mata, Sara akan bertindak melawan dengan kata-kata yang tidak senonoh, makan sambil berjalan, marah bila ibunya menyuruh cepat tidur dan balik lambat apabila keluar dengan kawan-kawannya. Itu semua dilakukannya sebagai tanda protes terhadap orang tuanya.

    Dalam hal ini, maknya masih dapat bersabar dan menganggap Sara akan berubah sedikit masa lagi. Sebaliknya, ayah Sara benar-benar marah dan tidak dapat menerima perangai Sara yang cukup degil. Akibatnya ayahnya bertindak melarang Sara keluar rumah, tidak memberinya wang belanja dan beberapa tindakan lain sebagai hukuman kepada Sara. Sara akan lebih bertindak melawan apabila ayahnya berada di rumah. Ayahnya seorang akauntan dan sering kerja luar hingga kadang-kadang berminggu-minggu tidak ada di rumah, kecuali hujung minggu bapanya akan berada di rumah. Ibunya bingung………!

    Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 512345»